Sunday, April 17, 2011

Mari membako kek coklat

Assalamualaikum..

Moh kita bako..bako kek coklat..hehe ok hari slasa nie sejurus selepas menjirus pokok..eh2 silap sjurus selepas present thesis..tepat jam 1.00 pm nk blik gurun bako kek~!!yeah..mcm leps tension gak lah 2..bulih?haha tension kot wat benda alah nie..hope bleh present bagus2 selasa nie..huhu aminn..

ok nie resipi kek coklat lembap yg nmpak mcm sedapp..resipi ambik kt SINI td..


Bahan-bahan ( Saiz kek anggaran 20 cm )

  • Bahan2 kek:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan gula yang telah dikisar halus
  • 1 cawan serbuk koko (pakai brand van houten lg sedap)
  • 1/2 cawan serbuk milo
  • 1 cawan susu cair (kalau xde pon xpe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis atau krimer
  • 1 1/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (optional)
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
  • 2 biji telur saiz sedang
  • Bahan2 topping:
  • 1/2 cawan serbuk koko van houten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • *Utk topping boleh guna kaedah double boiling atau terus masukkn bahan2nye ke dlm periuk.

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Setelah kembang, masukkan pula tepung-tepung, serbuk koko, serbuk milo, susu cair, susu pekat, minyak masak. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan air panas mendidih dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan ke dalam loyang yang disapu mentega terlebih dahulu
  5. Bakar dengan kepanasan 160 darjah selama 45 minit atau hingga masak, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit.
  6. Untuk topping,campurkan je semua bahan2 topping tu dan kacau sampai sebati.Bila agak-agak dah pekat,curahkan kat kek.




~bdk2 umah nntikan kehadiran kek nie yea hjung mnggu nnt..2 pon kalu jd la..hahaha kalu naemh xbawak blik 2 sila fham2 la yedok?haha~wish me luck selasa nie weh~!!!

No comments:

Post a Comment